CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 14, 2012

KHASIAT SOLID FOOD for FITRAH

saje nk share khasiat buah n sayur
yg sy sediakan utk fitrah nie..
selain susu ibu yg penuh khasiat tu..
bile fitrah dah start mkn sy perkenalkan..
lobak merah, brokoli, labu n tomato..
sume sayur ni sy jadikan puree,
bile nk buat bubur nasi sy masukan sekali puree nie..
puree epal plak sy masukan dlm nestum kosong..
sehari fitrah mkn bubur nasi n nestum+puree epal..

khasiat LOBAK MERAH
Tumbuhan ini dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap seperti A, B,dan C, garam, potasium dan karotin. Tumbuhan ini juga berupaya mengurangkan :
1. kandungan gula dalam badan
2. mencegah kanser
3. mengubati kencing manis
4. gout
5. penyakit jantung
6. penghadaman dan penglihatan. 


khasiat BROKOLI
Serat yg terkandung dlm brokoli membantu untuk memperlancar proses pencernaan dan bermanfaat untuk mengatasi sembelit. Vitamin C memudahkan penyereapan zat besi. Vitamin K dpt meguatkan tulang dan membantu pembekuan darah. Brokoli elok utk melawan dan mencegah kanser.

khasiat LABU MERAH
Isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

khasiat TOMATO
Tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C dimana diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Likopena yg terkandung dlm tomato mengandungi kebaikan antioksidan yang dapat menlancarkan perjalanan darah dalam badan. Justeru itu, dapat mengelakkan dari penyakit kanser dan juga serangan sakit jantung. Selain itu, buah tomato juga kaya dengan vitamin C @ asid askorbik yg berguna untuk melicinkan kulit.

khasiat EPAL MERAH
Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks. Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan kulit wajah. Fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

khasiat PISANG
Khasiat pisang sudah tentu boleh membekalkan tenaga. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.


khasiat UBI KENTANG
Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

WOW..hebat kan sumer sayur n buah nie..
mmg berbaloi kite ajar ank mkn sumer nie..
pas ni ibu bg fitrah mkn pisang n kentang yea..
mesti ber++ berselera ank ibu..
sape2 yg suke MASHED POTATO..boley tgok resepi nie..


*sumber rujukan dari internet.

No comments:

Post a Comment

thank you

JOM FOLLOW