CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

soft cotton CHEESE CAKE

sy ni memang suke cheese..
cheese tart, cheese cake, burger yg ade cheese..
ari rabu aritu sempat la time lunch buat kek ni dgn kak ct..
die dah penah wat byk kali kek ni..
resepi pun die olah dari intenet..
jom la try..

Bahan2
250g cream cheese
250ml fresh milk
125g butter

6biji putih telur
70g gula
1sudu kecil jus lemon

6biji kuning telur
70g gula
60g tepung gandum
20g tepung jagung
1sudu kecil jus lemon


Cara2
1. Masukan cream cheese ke dlm kuali utk dicairkan
(kami guna rice cooker je).

2. Masukan butter. 

 3. Masukan pula fresh milk. 

4. Masak sehingga semua bahan cair,
ketepikan adunan dan biarkan sejuk.

4. Pukul putih telur bersama gula dan jus lemon.

5. Pukul sehingga adunan ni gebu dan apabila diterbalikan
adunan ni x jatuh kebwh, boleh imaging kan?

 6. Pukul kuning telur.

7. Masukan tepung gandum, tepung jagung, gula dan jus lemon.
Kacau sebati dengan senduk.

 8. Masukan adunan crean cheese td kedalam adunan ni.
Kacau lg.

9. Masukan pula 1/3 adunan telur putih td.
Kacau secara balik kaup.
Masukan adunan td sehingga habis.

 10. Tuangkan adunan ke dlm loyang.
Bakar dalam ketuhar selama 45-60minit pada suhu 150c
secara double boiler
 (letakan loyang aduanan kite ni ke dlm bekas yg mengandungi air semasa membakar).

12. Tarra..pastu letak la blueberry jem kat ats kek ni..yummy

*thanks kak ct sudi ajar sy wat kek nie..

Friday, December 16, 2011

MAKARONI BAKAR

huhu..dulu mmg x minat pon MB ni..
my fren la, ct farah suke beli then belanje sy MB ni time g Mydin..
lame2 cam sedap plak trus google resepi..
konon nyer nk try la..
jom try resepi nie..

Bahan A
2 cawan makaroni
10 biji chicken ball
½ bawang besar (tumbuk)
3 bawang putih (tumbuk)
2 biji cili merah (cincang halus)
1 ½ sudu besar serbuk kari daging
5 keping chesdale
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Bawang goreng & daun sup (utk taburan)
Mayonis
Sedikit minyak utk menumis

Bahan B
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar

Cara masak bahan A
1. Rebus makaroni hinga lembut dan kembang. Angkat, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar dan putih, kemudian masukkan serbuk kari. Tumis sampai naik minyak, tambahkan air sedikit kalau kering.
4. Masukkan chicken ball dan gaul sampai masak, masukkan cili merah, kiub pati ayam dan tambah garam kalau x cukup masin.
5. Masukkan makaroni dan gaul rata.

6. Tuangkan campuran tadi ke dalam dulang pembakar kemudian taburkan chesdale yg dah dipotong.

Cara masak bahan B
1. Bancuh tepung gandum dengan susu hingga rata kemudian masukkan telur dan kacau rata.
2. Tapis adunan terus ke atas makaroni td.

3. Bakar pd suhu 180C selama 45 minit.
4. Setelah siap taburkan bawang goreng dan daun sup.
5. Potong dan mkn dgn sos cili.

jom sama2 kite cube..

Thursday, December 08, 2011

MACARONS

Bahan-bahan ( Ikut atas saiz )
65 gm srbk badam
13 gm srbk koko
60 gm putih telur ( 2 biji telur )
200 gm gula castor
110 gm gula icing
Secubit cream of tartar
Filling

Cara-cara
1 . Ayakkan gula icing , srbk badam dan srbk koko ketepikan.
2 . Pukul putih telur dgn cream of tartar hingga berbuih.
3 . Masukkan gula castor sedikit demi sedikit pukul hingga kembang dan gebu.
4 . Masukkan bahan2 yg talah di ayak tadi ke dlm putih telur yg dah di pukul.
5 . Kaup dan balikkn adunan hingga sebati masukkan ke dlm piping beg pakai buang ikut saiz kegemaran anda paipkan atas non stik paper ( jgn terlalu rapat ).
6 . Hentakkan dulang yg telah di pipe kan untuk buang angin.
7 . Ketepikan adunan selama 45 minit supaya adunan yg tlh d pipekan tadi mengeras.
8 . Bakar selama 5@10 minit 150c.
9 . Setelah masak biarkan sejuk barulah sapukan filling dan cantumkan
* klu nak pelbagai kan colour tk payah masukkan srbk koko bubuh pewarna semasa pukul gula castor *

nnt nak try la..
*sumber resepi http://www.myresipi.com/top/detail/14069

Sunday, November 20, 2011

PUDING TRIFFLE

1st time wat puding triffle ni bersame kwn2 sekerja..
bes walaupun sikit tp dpt tapau sorag sikit bwk blik umh..
2nd time wat time raye 2010..
klakar jer..tetamu igt desert sy x menjadi,
tp triffle kan mmg lembik kene mkn gune sudu..
xper la jnj sedapp..

Bahan2
1 Roll Swiss roll (beli yg ready made jer)
1 tin fruit cocktail
1 paket Kristal Jelly
4 sudu besar tepung kastard - sukatan membukit
1tin susu cair
1 tin air
7 sudu gula pasir
Whipping cream (optional)
Buah strawberry
Kekacang

Cara2
Lapisan 1
1. Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal,
susunkan dalam mangkuk kaca (baru nmpk layer puding ni).
2. Lembabkan Swiss roll dgn sedikit air cocktail, ketepikan dulu.

Lapisan 2
1. Bancuh tepung kastard dgn sedikit air.
2. Satukan 1 tin susu cair + 1 tin air +air cocktail, 5 sudu gula kemudian masak atas api.
3. Bila sudah mendidih kecilkan sedikit api, kemudian masukkan bancuhan tepung kastad,
kacau hingga menjadi likat.
4. Campurkan separuh fruit cocktail, kacau lg.
5. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
1. Taburkan separuh lg fruit cocktail td ke ats lapisan 2.
Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
1. Masak jelly mengikut sukatan pada kotak jelly hingga mendidih.
2. Tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3.

Lapisan 5
1. Bila jelly dah beku sapukan whipping cream keatasnya.
2. Untuk hiasan bolehlah susun hirisan buah strawberry dan taburkan kekacang.

Siapp..sblm mkn sejukan dulu dlm peti ais.
*sumber resepi dari internet..

PUDING ROTI KUKUS

Resepi ni senang..sgt simple..
kalau rase ade roti yg dah nk dekat dgn expired date..
jgn biarkan, jom try resepi nie..

Bahan2
4 keping roti – dipotong kecil2
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara2
1. Blender telur, gula dan esen vanilla hingga sekata.
2. Masukkan susu cair dan blender lg.
3. Sapu butter pada roti, potong kecil2 dan susun dalam loyang.
4. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
5. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.

Selamat mencube..
*sumber resepi dari internet..

SIAKAP STEAM

resepi ni sng jerr..
resepi dari abg zul (abg sepupu)..
dulu kalau nk mkn siakap steam,
kene mkn kat luar skrg msk sendiri jerr..
jom try..

Bahan2
1 ekor ikan siakap
2 ketul kiub ayam
1 biji tomato
1 biji cili besar
1 buku kcl halia
2 biji bawang putih
1 hiris limau nipis
sedikit daun sup
sedikit air

Cara2
1. Hiris cili besar, halia, bwg putih, daun sup dan potong dadu tomato.
2. Cuci bersih ikan siakap, kemudian letak ke dlm loyang.
3. Taburkan cili besar, halia, bwg putih dan tomato ke atas ikan td.
4. Taburkan juga kiub ayam yg tlh dihancurkan, tambah air utk kuah.
5. Panaskan pengukus dahulu, kemudian kukus ikan bersama bhn2 td selama 30minit..
6. 5minit sblm msk, taburkan daun sup dan picitkan hirisan limau.

simplekan..

KEK GULA HANGUS

KGH ni feveret my hubby..
kalau hubby teringin nk mkn
mesti kene msk ASAP..

jom share resepi KGH nie..
sedappp..

Bahan2
1 cwn gula
1 cwn air panas (saye gune air sejuk jerr)
2 sudu besar marjerin
4 biji telur
1 cwn susu pekat manis
1 cwn tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh esen vanila

Cara2
1. Panaskan gula sehingga cair, masukan air panas perlahan2 (hati2 air akan terpercik).
2. Kemudian masukan marjerin, ketepikan sebentar.
3. Kisar telur (saye gune blander jer) sehingga putih, masukan susu kisar lagi.
4. Masukan tepung, soda, esen vanila dan gula yg telah dicairkan td.
5. Kisar semua bahan hingga sebati, perap selama 2-3 jam.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170c selama 1jam.
7. Sejukan dahulu sebelum potong, sesuai dijadikan hidangan petang.Inilah hasilnyerr..Selamat mencuba!
*sumber resepi dari koleksi rasa2 semenanjung TESCO..

JOM FOLLOW