CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label mydoter. Show all posts
Showing posts with label mydoter. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

BAJU KURUNG fitrah

saje try dulu jahit baju kurung utk fitrah
persedian sblm jahit the real baju kurung utk raya nnt..
kali nie sy ikut tutorial dari neezaneedle..
boleh tgok kat link nie>>neezaneedle
memang bes tutorial nie,
tq kak neeza sbb sudi share tutorial nie..
memang rase yakin la nk jahit BK fitrah utk raye nnt..

Wednesday, March 21, 2012

DRESS for Fitrah

teringin sgt nk try jahit dress tuk fitrah..
kire yg nie kali ke2 jahit dress
tp kali ni jahit step by step dari tutorial ni >>PARTY DRESS
memang perlukan kesabaran nk dpt ilmu..
byk kali menelaah tutorial ni baru la jadi dress mcm nie..

besa sikit dress nie dgn fitrah sbb ikut saiz 2year..
xpe la nnt dah bleh jalan, baru la pakai ye syg..

bunga kat band dress ni boleh adjust tuk jadi headband..

ok x??sesuai kan..fitrah x mo senyum yerr..

butang dress ni pon diy jugak
dari tutorial nie >>COVERED BUTTON

walaupon x berape nk jadi, boleh la kan??
bes sgt bile dpt pakaikan fitrah dgn dress yg dijahit sendiri..
selamat mencube yer..

Saturday, February 18, 2012

RESEPI untuk BABY 8 BULAN ke atas

salam to all..
fitrah skrg dah 8bulan..
so kene la tukar resepi solid food nyer..
nampak skrg fitrah dah mula pilih makanan..
ibu rajin nk google resepi baru tuk fitrah..
nnt kite try resepi2 ni yea..

Kentang wif Cedar Cheese
Bahan
Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum

Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.

Bubur Ikan dan Saderi
Bahan
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun saderi
secawan air

Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus.
Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.

Kentang, Lobak dan Pis bersusu
Bahan
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku
1/2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh

Cara membuatnya
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.
Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.
Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Bahan
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli

Cara-caranya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu..
*Cara mengukus... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...

Bubur Nasi dan Kurma
Bahan
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya

Cara membuatnya
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan

Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
Bahan
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan air

Cara membuatnya
Masuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api.
Biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.
Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.

Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bahan
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air

Cara membuatnya
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.
Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan.

Wednesday, February 15, 2012

SURAH AMALAN untuk ANAK

dalam kite mendidik ank2..kdg2 kite terlupe utk dekatkan mereka dgn Ilahi..
terbuke hati sy nk google surah amalan yg sesuai utk ank sy..
surah2 ni bagus supaya anak menjadi soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain..
doa ibu kan berkat..yg laen kite serah pd kuasa yg Maha Besar..

jom same2 kite amalkan..
Baca Fatihah (1 kali)

Baca Ayat Kursi (1 kali)

Baca Surah al-Insyirah (1 kali)
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? 
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)

1. Taa. Haa. 
2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. 
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah. 
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. 
5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.

Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain. 

atau 

Baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.
Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”
Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu. 

atau 

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud: ”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.” 
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’
berulang-ulang.

semoga termakbul doa2 kite..amin

Saturday, February 04, 2012

50 Tip Meransang MINDA BAYI

tip ni sy copy dari blog nie..>>Abi Najwan
senang nk refer then praktikan pd my doter..
diharapkan sharing kali ni byk manfaat nyer..
baik utk baby n ibu nyer jua..
nie tip2 nye..

1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dlm2 anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi.
Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak2 bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah, ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.


8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya

20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.


23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26. BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27. RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

28. CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29. BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

30. BIARKAN DIA JADI BOS (kadangkala). Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31. GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina. Boleh juga menggoyangkan badannya dengan berzikir contohnya LAILAHAILALLAH..LAILAHILALLAH .

32. JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33. KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

35. TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya

36. TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39. MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40. MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41. BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42. MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43. AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44. HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46. PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47. CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48. MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49. MAIN “TIRU-MENIRU”. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN. Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.


sekian..selamat mencube..
jom praktikan kat bb kite..
sure bb suke, ibu nye pun sure seronok dgn telatah bb mereka..
thank to blogger for this tip..

Thursday, January 26, 2012

LADYBIRD besday party

saje nk tulis entry nie..
yg nie cume perancangan awl je..
fitrah nye besday 20 JUN nnt..

kalau nk wat besar2an memang xde budget..
so kene la DIY gift or ape sje yg buley DIY..
emm..b4 ni nak wat ala princess..
tp cam gedik2 plak ibu fitrah nie..
nak wat tema LADYbird..
comei kan..nk google item utk DIY pun senang..
jom la bace entry kat bawah nie..

mule2 kite plan utk jamuan dulu..
1>nk jimat wat la time minung petang..
jus goreng BIHUN SINGAPORE+KEROPOK ikan..NUGGET pon sedapp..
wat dessert sket..AGAR2 ke..CREAM PUFF ke..
air RIBENA pun jadik..

2>KEK plak sy penah try wat cheese cake (cam x sesuai jer)..
coklat cake pun sedap jus deco simple2 wat topping+apam pokadot LB..

comei nye KEK nie..

3>pastu letak la pape snack cam KACANG cap tangan tu, CEKEDIS2,
KENTANG goreng pun ley jugak..

utk fitrah plak..
1>ibu belikan dress camni..
comei jugak kan??
x lari tema LB nie..dot2 merah+putih..
*puas cari kat FB..akhirnye..

2>PRESENT nnt ibu pk kan..
present ape yg sesuai utk fitrah..any suggestion??

utk tetamu..
GOODIE bag yg penting..nak bg ape ek??
1>nk try la DIY paper bag camni..
nampak cam senang jerr..
sticker edit gune photoscape then print ats ketas sticker..
beli reben dot2 kat KEDAI SUS..

2>dlm bag nie nk letak ape??
comei nyer APAM POKADOT nie..
sumer nk LB..baru syokk..

3>letak candy sket..LOLYPOP ke..
buh mcm2 candy dlm bag plastik kecik yg comei..
pastu staplerkan..simple n nice..

4>nak letak air kotak cam x bes,
takut paper bag ni koyak plak..

5>gift ape nk bg tetamu??
try la wat BOOKMARK camnie..
ley jugak letak mainan "BUIH SABUN" tu..
comei kan??

6>BANNER plak wat camnie..
simple je.."I AM 1"..

7>invitation card x perlu la..
sbb nk ajak org dekat umah n sepupu sepapat fitrah ajer..
majlis ni mungkin buat kat PAHANG..

8>game plak x pk lg sbb ruang agk terhad,
kalau terlintas jus wat MUSICAL CHAIR aje la..

9>utk nampak lg LB..
ley print terus >>TEMPLATE kat cni..

huhu..kuat berangan ibu fitrah nie..

Monday, January 23, 2012

TIP MENDIDIK ANAK KECIL

entry kali ni sy sedey+menyesal teramat sgt..
kes nye 'ade ke patut sy marah fitrah yg x mo mkn, siap tepis sudu terpelanting jauh??
x patut kan??dah la marah siap tengking2x..
ape la yg akan jadi kalau time tu fitrah dah faham sy marah die..
mesti die nangis, ape kan daye fitrah baru 7bulan utk mengerti sume nie..

sejam sy menyendiri muhasabah diri..
berdoa atas tikar sembahyang
agr perkare mcm nie x kan berulang lg..
sblm bg fitrah mkn sy kene didik diri nie supaya sabar..
karenah anak kecil mcm2 ragam..
kite sbgai ibu mesti pandai melayan mereka..
sy try bg fitrah mkn semula..
rupe nye fitrah nak makan sambil maen..
xpe la kalau mcm tu..
fitrah maen la bile ibu suap fitrah mkn yea..

utk mengelakkan perkara camni jd lg..
sy pun google la tip utk kawal marah pd ank2..
jom bace..

1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.
2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.
3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.
4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.
5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.
6 Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.
7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.

tenkiu HAIRUL (penulis blog)..
tips nie memang bagus..

Saturday, January 14, 2012

KHASIAT SOLID FOOD for FITRAH

saje nk share khasiat buah n sayur
yg sy sediakan utk fitrah nie..
selain susu ibu yg penuh khasiat tu..
bile fitrah dah start mkn sy perkenalkan..
lobak merah, brokoli, labu n tomato..
sume sayur ni sy jadikan puree,
bile nk buat bubur nasi sy masukan sekali puree nie..
puree epal plak sy masukan dlm nestum kosong..
sehari fitrah mkn bubur nasi n nestum+puree epal..

khasiat LOBAK MERAH
Tumbuhan ini dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap seperti A, B,dan C, garam, potasium dan karotin. Tumbuhan ini juga berupaya mengurangkan :
1. kandungan gula dalam badan
2. mencegah kanser
3. mengubati kencing manis
4. gout
5. penyakit jantung
6. penghadaman dan penglihatan. 


khasiat BROKOLI
Serat yg terkandung dlm brokoli membantu untuk memperlancar proses pencernaan dan bermanfaat untuk mengatasi sembelit. Vitamin C memudahkan penyereapan zat besi. Vitamin K dpt meguatkan tulang dan membantu pembekuan darah. Brokoli elok utk melawan dan mencegah kanser.

khasiat LABU MERAH
Isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

khasiat TOMATO
Tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C dimana diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Likopena yg terkandung dlm tomato mengandungi kebaikan antioksidan yang dapat menlancarkan perjalanan darah dalam badan. Justeru itu, dapat mengelakkan dari penyakit kanser dan juga serangan sakit jantung. Selain itu, buah tomato juga kaya dengan vitamin C @ asid askorbik yg berguna untuk melicinkan kulit.

khasiat EPAL MERAH
Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks. Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan kulit wajah. Fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

khasiat PISANG
Khasiat pisang sudah tentu boleh membekalkan tenaga. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.


khasiat UBI KENTANG
Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

WOW..hebat kan sumer sayur n buah nie..
mmg berbaloi kite ajar ank mkn sumer nie..
pas ni ibu bg fitrah mkn pisang n kentang yea..
mesti ber++ berselera ank ibu..
sape2 yg suke MASHED POTATO..boley tgok resepi nie..


*sumber rujukan dari internet.

Friday, January 06, 2012

KESAN SAMPINGAN TUMBUH GIGI


inilah akibat nyer FITRAH dah tumbuh gigi..
baru de 2 btg gigi segale ape yg jumpe nk gigit..
abih kertas resepi ibu di kunyah bagai beskut..haha
nasib ibu sempat korek mulut fitrah..
kalau tak kenyang mkn kertas la fitrah yea..
mmg feveret fitrah asal jumpe je kertas excited sgt..
time ayh nk bace paper lg bes laju jer g terkam paper..

alhamdulillah fitrah cepat membesar..
4bulan dah start meniarap..
5bulan dah bley meniarap cam askar..
6bulan dah boleh duduk+merangkak+berdiri pun boley..
mkn pon dah laju..ibu suke wat bubur carrot+bilis tuk fitrah..
semuga fitrah cepat membesar, cerdik, cergas..

nnt boleh dpt adik baru..haha
lambat lagi la tggu 2013 nnt..

Saturday, December 17, 2011

SOLID FOOD for Fitrah

hari ni 1st time fitrah mam bubur nasi..
sy msk bubur nasi+bilis+carrot..
then blend sampai halus..
tawau jerr ase nyerr..
tp fitrah suke jer mam..
sy try la google resepi2 laen..
sy share la yea info yg sy dpt..

cara nk wat stok bubur nasi
1. Basuh 3 senduk beras bersih2.
2. Goreng tanpa minyak beras td, jgn sampai garing jus utk keringkan shj.
3. Bile dah kering, blend halus2.
4. Simpan dlm bekas kedap udara utk kegunaan sepanjang minggu. Tak perlu dah beli nestum..haha
5. Cara nk masak, jus didihkan air pastu masukan 3 sudu beras hancur td. Masak selama setengah jam.
6. Sejukan dan siap utk dimakan.

cara nk wat lauk utk bubur
1. Basuh ikan bilis bersih2.
2. Goreng tanpa minyak atas api yg perlahan.
3. Setelah garing, angkat then blend hingga hancur.
4. Masak sekali dgn beras hancur td sebagai lauk utk bubur.

Ni la hasil nyer..ikan bilis hancur+beras hancur

cara nk wat puree
1. Kupas kulit buah (epal, pear, kentang, carrot @ brokoli)
2. Cuci dan potong dadu.
3. Kukus buah td selama lebey kurang 20minit @ rebus sampai empuk (air sikit jer).
4. Blend buah sehingga halus.
5. Sejukan dan siap utk dimkn. Kalau lebey sudukan kedlm ice tray then frozenkan.
6. Cara nk sediakan jus masak sekali dgn beras hancur td atau jus panaskan dgn api perlahan.

Ni la hasil nyer..yg ni nk frozenkan so sy simpan lam ice tray..

yg ni plak bile kite dah satukan beras hancur+ikan bilis hancur+puree carrot..

nnt dah >7bln..ibu try blend oat+cebisan kismis @ kurma yea..
hrp2 fitrah ber++ selera, cpt sket naek berat..
skrg ni dah 6bln berat baru 6.6kg jah..
caiyok2x fitrah..

boleh la join group ni kat FB..
mcm2 info boley kite share..

Friday, December 16, 2011

PETUA RAWAT 'CHICKEN POX'

Fitrah kene chicken pox seawal usia 5 bulan..
kene dulu baru demam..
ade sesetengah bb demam baru timbul CP..
sempat la bg PCM spy demam kurang..
walaupun CP ni biase jerr..
hati ibu mane x tersentuh, bile ank kene CP..
nk minum susu pon payah..tido x lena..
sy pon sibuk la menanyakan petua nk rawat CP..

sian Fitrah, nampak tenang jer..
tp kalau kite sendiri yg kene CP pun seksa..

mcm2 petua org bg..
  • MAK TAM suh mandikan Fitrah dgn air daun SEMAMBU ramas2 jer dlm air mandi, alas tempat tidur Fitrah dgn daun semambu, pastu wat bedak sejuk jgk..tumbuk daun semambu pastu campurkan dgn bedak sejuk..tujuan nyer tuk hilangkan rase gatal..
  • AYAH suh minum air NYOR supaya CP tu x sempat tumbuh lam telinga n mulut..pastu bile CP dah kering nnt mandi dengan air basuhan BERAS, amek air basuhan ke2..yg ni x pasti lak tuk ape..
  • Pegi klinik DR. bg lotion CALAMINE ajerr..tuk CP ni cpt kering, then bile apply kat kulit lega sikit gatal2..
  • MAK CIK sebelah umh bg AKAR BAYAM tuk remdam dlm air bg Fitrah minum, tuk sejukan badan kate nye..
  • Ade yg cakap jgn terkene AIR HUJAN nnt parut x hilang..
  • Lastly tiap kali pas mnd sy sapu SHAKLEE herba blend cream..cream ni sejuk then boleh gune utk hilang parut jgk..tawakal je la, kulit bb kan bertukar mst parut CP tu x nampak bile Fitrah dah besar nnt..
alhamdulillah..dgn sumer petua ni..
x sampai 2minggu, 10hari jer Fitrah dah sembuh..
skrg dah ley senyum+comei dah..
tenkiu tuk semua yg share petua2..
x lupe jgk yg mendoakan Fitrah cpt sembuh..

Monday, November 21, 2011

BABY WALKER

buat mase ni my doter baru 5month..
tgh survey walker yg sesuai utk nyerr..
berkenan kat mamalove 2 in 1 walker..
2 function, walker+push..
sy try google yg preloved je la..
jumpe blog yg de walker ni
http://myqueentoys.blogspot.com/
x la beli lg, tggu my doter dah ready nk gune walker..

2nd choice st prefer sweetcherry footsie walker..
2 function jgk, walker+push..
kalau nk view walker ni, klik link kt bwh..
http://www.sweetcherryonline.com
wait yerr fitrah, nnt ibu belikan walker ni..

hari ni baru nk updated..
ibu dah belikan fitrah walker tp yg simple n murah jerr..
mane tak nyer pilihan pertama dah sold out..
pilihan ke2 plak dah out of stock..
walaupun simple fitrah duduk je ats walker ni..
tp duk pun jap je x lama..
berguna time nk bg mkn je..
walker mamalove simple but nice..
yg ni ibu bli kat kedai biase xbeli online pun..

Sunday, November 13, 2011

CROCHET

berminat plak dgn crochet nie..
nk buat sendiri x reti..
jd saye pun seacrh kat mudah.my utk beli baby crochet hat..
then dpt la blog nie
http://iluvcrochet.blogspot.com/

sume yg blogger buat cantik2 belake..
rambang mane nk pilih design utk tempah..
lastly saye pilih design nie..

ni design kasut..ni design hat..ni design headband..pastu mtk blogger wat kaler saye cam ni..
nnt kiter tgok hasilnyer..
blogger kate x leh nk jnj siap biler..
depend kat ank die x meragam cpt la siap..
x sabar plak nk tggu siap..
nk wat sendiri kene tggu g kursus dlu..huhu

tuttt..tuttt..
nk updated post psl crochet nie..
my order dah sampai pon..
walaupon lame tuk tggu turn..
tp bile dah tgok hasil nyer..
perhh..suke sgt..comeii..

jus order topi+kasut ajer..
headband x order sbb dah de 3 dah..
suke warne nie..
kasut je la besa sket..
memang wat besa tuk pakai lame sket..haha
jom tgok pic fitrah bergaye dgn set crochet nie..
x pakai baju cantik pon..pakai baju tdo jer..

nk x nk aje fitrah nie amek gambar..

emm..ibu, fitrah silau la flash kamera nie..
x mo amek gambar dah..huhu

FLOWER HEADBAND

comei kan..saye tempah headband ni wif my fren..ni blog die..
http://ajaries.blogspot.com/
pandai die matchkan warne..
ni la pic my doter bergaye dgn headband nyer..

DISNEY OVERALL

sweet..sy jumpe overall ni dalam mudah.my
dlm tu disertakan sekali blog si penjual overall ni..
trus sy view blog tersebut
http://shazamriku.blogspot.com/

sy berminat nk beli sbb harge nye murah,
RM25+postage RM5 so RM30 jerr..
tp bile shopping di alam maya ni kdg2 kite x dpt ape yg kite harapkan..
walau camne pun sy suke je kain overall ni lembut sesuai utk bb..

ni pic my doter dgn overall nie..

LUCKY BABY STROLLER

alkisah nyer..
nak cari stoller yg boley lipat cam payung for my doter
tuk jimat space bonet kerete..then saye pun search kat mudah.my..
tutt..jumper la yg berkenan..
pastu direct trus tgok blog stoller tu
http://mycomelstore.blogspot.com/

mmg berguna, x bwk turun pun dr kerete..
nak g mane2 sng..
tp beli barang 2nd ni de jgk la risiko..
stroller yg saye beli ni de kesan jahit sket kat seat die..
xpe la jnj berbaloi..

ni pic my doter dgn stoller nyer..

BAPE HAT

huhu..korean hat..saje beli tuk my doter..
sweet jer bb pakai hat nie..
nk beli jugak boleh order kat web ni
http://onebabyworld.com/

selain hat, sy beli
>auturm milk's storage
>auturm coller bag_sy simpam pump jgk dlm bag ni..

tgok nie, my doter bergaye dgn bape hat nyer..

CLOTH DIAPERS

ramai yg kempen pakai CLOTH DIAPERS jimat wang n boleh selamatkan bumi..
mmg terbukti, 1 month jus beli satu pek je lampin pakai buang..
time duk umah baby sitter mmg kene bekalkan lampin pakai buang..
bile bersama my doter mmg sy suke pakaikan CD..
my doter plak suke poopoo time pakai CD..
mmg mencabar tp xpe pokok pangkal mmg kene rajin utk berjimat..
tgok la pic kat bwh my doter mmg selesa pakai CD, tido pun lena..

selain jd penggemar CD..
sy pun de join jd agent CD sape2 nk try boley view blog sy nie
http://fitrahcollection.blogspot.com

JOM FOLLOW