CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

the NEXT SEWING project

kegilaan memuncak utk menjahit skrg nie..
dari menjahit baju, nk jahit beg n mcm2 lg..
sume tu menjanjikan kepuasan bile ape yg dijahit menJADI..

kene downkan skit semangat yg memuncak nie..
skrg kene buat peraturan baru..
after work time for fitrah..
then weekend baru boleh menjahit..

so bermulalah perancangan utk kumpul tool menjahit cam,
>cutter pad
>rotary cutter
>bias tape maker
>mesin jahit tepi
>dan ??

pastu nk kumpul mcm2 fabric..
boleh tgok page nie..
>http://www.fabricfanatics.com.my/
>http://maymayshop.com/
>http://craftybuddy.blogspot.com/

idea tuk menjahit senang je boleh tanye cik google..
>DIAPERS BAG tutorial


>WALLET tutorial


>BUTTERCUP bag tutorial

dan byk lg..
xpe bersabar dulu..
dah cukup bahan n alatan nnt baru kite start project nie yerr..

Saturday, March 03, 2012

I LOVE SEWING

hukhuk..
mcm menarik je tittle entry kali nie..
saje nk +kan post..
my turn utk terima mesin bln2..
da seminggu dah duk godek mesin jahit tuh..

my 1st project nk tajamkan skill menjahit "baju kurung"..
mesin x dpt lg sy dah start potong kaen then g anta jahit kelim..
excited nyer..
agak lupe dah nk jahit BK nie tp TRY N ERROR jer..
ni la hasil nyerr..

baju kurung fitrah nie try b4 jahit baju kurung tuk raye nnt..
comei je bile dah siap jahit..
tp time jahit mencabar tu nk jahit baju tecik..

2nd project jahit dress utk fitrah..
pattern nyer ikut dress bie..

tahap gaban nie, nak ikut pattern dress yg kilang buat..
tp kalau x cuba x taw camne susah ke senang jahit dress nie..
sy jahit suke2 jer..
x jahit kelim pun jus guna tapak jahit gulung je utk jahitan hujung dress..
ok x??byk lg yg kene diperbaiki..

3rd project jahit "sun hat"..
sy ikut pattern kat web nie >>craftzine
jadi x jadi no2..yg penting sy dah try..
mule2 nk jahit utk fitrah lastly..ibu yg pakai..
besar gedabak jadi nyer..
nnt ibu try lg ok..

yg ni plak purse2 yg st try dari tutorial kat tenet..


itu jer project yg da terlaksana setakat ini..
huhu..mcm2 lg..mulai skrg nie,
sy akan selalu view blog>>tinihani, sewretrochic & zilakasim..
sgt TERUJA tengok hasil kraftangan dlm blog2 nie..wink2x

Saturday, February 25, 2012

KAEDAH MERANCANG KEHAMILAN

Salam all..
agak kelakar plak sy tepek artikel nie kat blog sy nie..
saje aje sbb info nie penting utk diri sendiri dan ebu2 yg nk merancang kehamilan diorg..
sy dpt info di dari cni >>mengandung.com
jom kite bace info yg amt bergune nie..

Kajian menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada kehamilan adalah tidak dirancang. Proses kehamilan yang tidak dirancang dapat dicegah dengan menjalankan aktiviti pendidikan kepada pasangan suami isteri tentang kaedah kontraseptif (pencegah hamil) yang dapat diamalkan dan bersesuaian dengan cara hidup, kepercayaan serta kehendak pasangan tersebut.

Konsepsi adalah penyatuan telur (wanita) dan sperma (lelaki). Kontrasepsi adalah pencegah kehamilan secara sukarela. Agen, alat atau kaedah kontraseptif dapat mencegah konsepsi dengan menghalang proses persenyawaan atau mencegah atau memperlambatkan percantuman sperma dan telur.

Permilihan kaedah kontraseptif yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak.

Kaedah kontraseptif yang boleh diamalkan
Kaedah kontraseptif yang dipilih mungkin berubah dari semasa ke semasa. Antara faktor yang menentukan pilihan kaedah kontraseptif ialah kesesuaian dengan cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut.

1. Pil Kontraseptif
Wanita kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil-pil yang berada di pasaran mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai serjarah keluarga yang berpenyakit jantung. Wanita-wanita ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika menggunakan pil kontraseptif.
Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut. Antara kesan sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Adalah dianggarkan sebanyak 0.5% (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.

2. Suntikan Progestin dan Progesteron
Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan. Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

3. Implan "Norplant"
Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

4. Alat Instrauterin (IUD)
Alat ini berbentuk 'T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah alat yang fleksibel. Ia mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Terdapat dua jenis IUD:
Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun.
Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun. Dianggarkan 3-5 peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

5. Span (Sponge)
Span mengeluarkan gel spermisida dan bertindak menghalang serta membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan seks. Wanita yang mempunyai alahan terhadap nonoksil-9 tidak boleh menggunakan kaedah span.

6. Diafram
Saiz diafram boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut. Ia bertindak menghalang sperma daripada memasuki uterus. Spermisida digunakan bersama diafram untuk membunuh sperma. Diafram boleh dibiarkan selama enam jam. Bagaimanapun, spermisida perlu digunakan jika hendak melakukan persetubuhan lagi atau melakukan hubungan selepas enam jam yang pertama. Diafram tidak boleh ditinggalkan di dalam faraj lebih daripada 24 jam kerana dikhuatiri boleh mendapat sindrom kejutan toksik (TTS). Dianggarkan sebanyak enam peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

7. Penghalang serviks (Cervital Cap)
Ia hampir serupa dengan diafram. Ia juga dapat diubah saiz mengikut individu. Spermisida diperlukan bersama dengan penghalang serviks. Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi. Ia tidak digalakkan untuk digunakan lebih dari 48 jam kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik meningkat serta boleh menghasilkan bau dan lendiran (discaj) yang busuk. Dianggarkan sebanyak 9% kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan konsisten dan betul.

8. Spermisida vagina (Vaginal Spermicides)
Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori atau tablet. Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencat pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan agak tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain. Wanita yang memilih kaedah ini harus mengikut arahan penggunaan seperti yang tercatat di atas label. Spermisida hendaklah dibiarkan berada dalam faraj selama 6-8 jam (jangan basuh) selepas hubungan seks untuk memastikan semua sperma mati. Jika ia digunakan dengan cara yang betul dan konsisten, dianggarkan enam peratus daripada wanita yang menggunakannya akan hamil.

9. Kaedah semulajadi (Natural Family Planning)
Pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan 'subur' (masa ovulasi). Kaedah ini menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan. Terdapat empat jenis kaedah; kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus seviks dan kaedah simptomtermal.

10. Azal (Withdrawal)
Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada keupayaan suami mengeluarkan kemaluannya dari faraj sebelum ejakulasi (pengeluaran air mani). Jika teknik ini diamalkan dengan betul dan konsisten, jumlah kehamilan dianggarkan sebanyak empat peratus. Ketidaksuburan dan tiada haid akibat penyusuan (Lactational Amenorrhoea Method (LAM).
Wanita yang menyusu sepenuhnya boleh mencegah kehamilan sehingga enam bulan selepas bersalin jika haidnya masih belum dialami. Aktiviti penyusuan akan menekan proses ovulasi. Ia sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Kaedah ini berfungsi dengan menghalang telur daripada dihasilkan oleh ovari. Jika penyusuan dihentikan atau wanita teleh mengalami haid semula, kaedah pencegahan hamil yang lain perlu digunakan.

11. Pembedahan (Surgical Sterilization)
Kaedah pemandulan ini dipilih hanya apabila pasangan suami isteri telah bersetuju untuk tidak mahu hamil dan mempunyai anak lagi. Kaedah ini dapat dilakukan ke atas suami ataupun isteri. Kaedah ini bukanlah kaedah yang sementara untuk mencegah hamil. Pembedahan akan menutup tiub yang menghasilkan sperma (lelaki) atau telur (wanita). Kaedah ini amat berkesan bagi mencegah kehamilan.

12. Kondom
Kondom diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti spermisida. Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan semula. Dianggarkan sebanyak 3-5 peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

13. Menggelakkan daripada melakukan persetubuhan (Abstinence)
Pasangan yang memilih kaedah ini akan mengelakkan diri daripada melakukan persetubuhan. Ia memerlukan motivasi yang tinggi daripada kedua-dua belah pihak.

Keberkesanan kaedah kontraseptif
Keberkesanan dan kebolehpercayaan kaedah pencegah hamil yang digunakan banyak bergantung kepada motivasi dan tujuan penggunaan tersebut. Setiap kaedah kontraseptif mempunyai tahap keberkesanannya. Sudah pasti ia lebih baik berbanding dengan kaedah di mana pasangan suami isteri tidak mengamalkan sebarang kaedah. Yang penting, penggunaannya harus betul (seperti dalam arahan penggunaan) dan konsisten.
Dianggarkan bahawa 80 peratus wanita yang tidak mengamalkan sebarang kaedah kontraseptif akan hamil dalam setahun. Khidmat nasihat dan kaunseling harus diberikan kepada pasangan suami isteri yang ingin merancang kelahiran anak dan mencegah kehamilan. Pasangan suami isteri boleh mendapatkan khidmat tersebut dengan berjumpa doktor, ahli farmasi dan jururawat di hospital dan klinik kerajaan ataupun swasta.

so skrg dah taw la kan camne nk merancang nie??
ape pilihan u all..
xpe2 sume nie biarlah rahsia..
bincang dulu dgn hubby b4 buat pilihan utk merancang taw..
sekian..

Monday, January 23, 2012

TIP KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16- Pasangan tua Pasangan Emas, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan yg cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

*sumber rujukan yg boleh dipercayai..haha

Saturday, January 21, 2012

TIP utk BAKAL IBU

salam all..
entry kali nie nk share la pengalaman sy
sblm & slps bergelar ibu..
entry ni jugak special wat my sis yg bakal
menjadi ibu x lame lg..

setiap psgn yg baru kawen mesti nk kan zuriat kan??
lambat @ cepat sumer tu DIA yg tentukan..
sy lambat jugak nk pegnen..
cubaan demi cubaan..nasib x putus asa..
sy kawen bulan 8 tahun 2009..
awl tahun 2010 sy disahkan pegnen..
nasib x menyebelahi sy, mase usia kdgn 3 bln..
kdgn sy disahkan x jd then kene wat D&C..
sekejap je kosong, bln 10 sy pegnen semula..

taw je pegnen sy trus bukak kad merah..
nak jage kdgn kali ni takut sejarah berulang semula..
1st jumpe doc, kdgn sy x nmpk lagi bile scan..
yg nmpk cume CYST..bahaye x??
cukup 3 bln sy refer kat pakar di USM..
mujur sgt..pas pd tu cyst td mengecil dan kdgn sy selamat..
awl pegnen mmg penting kite mkn ACID FOLIC..
minum SUSU utk maintain CALCIUM
x la kite lenguh2 nnt..
dari awl kite kene sapu LOSYEN kat perut
x la perut kite meninggalkan kesan renggangan yg teruk..
kalau terase nk penuhkan keperluan BABY dgn lengkap..
start la MENABUNG..RM100 sebulan ke..
cukup bulan baby lahir dah ade 1K kan??

tuk checklist menyambut kelahiran baby click cni..
TIP BERPANTANG & CHECKLIST for MOM&BABY
boleh jugak bace tip berpantang kat link ats nie..
rindu jugak makanan dlm pantang nie..
ikan bilis goreng+lada hitam..
ikan singgang+kunyit..roti celup milo..

bile BABY dah lahir mcm2 pengalaman
yg x pernah kite lalui..
bile teringat mase dlm pantang jaga fitrah
tergelak sendiri ade..
fitrah duk dalam wad lame sbb on antibiotik..
ingat lg..start kul2 pg fitrah BF sampai esok x mo tido..
bile sedar pg tu tgok fitrah duk celah kangkang..
memang x sedar bile letak fitrah kat situ..wakakkwakaaka..
2bulan je duk dgn mak pastu trus balik klate
jaga fitrah sendiri2..
mencabar tp naluri seorang ibu..demi ank sumer boleh..

jom kite share plak tip beli barangan baby..
1>refer kat checklist td mmg banyak yg kene beli kan??
sy x memilih asal ade ORG BAGI sy amek,
basuh semula pastu NILA kan..
bile dah kering sekali pandang cam baju BARU gitu..
so x byk yg sy beli, jimat dah kat sini..
2>sy train fitrah pakai CLOTH DIAPERS dari umo die sebulan..
baby x suke basah2 sekejap je gune CD..
xpe nnt dah besa fitrah biase la..
boleh la kite berjimat drpd beli lampin pakai buang..
hari cuti tinggal dgn sy memang ajar fitrah pakai CD..
tinggal dgn pengasuh rumit sikit kalau nk guna CD nie..
skrg fitrah pakai pampers FITTI ajer..
murah tp tebal x bocor dgn fitrah..
3>dari awl memang x galakan fitrah tido dlm buai..
so sy x beli buai jus belikan BOUNCER jer..
sampai skrg fitrah tido bwh, suap neneng terus lena..
pastu letak ats tilam..
4>mula2 sy pakai breast pump manual UNIMOM MEZZO..
bile dah masuk kerja leceh la yg manual ni
tp kalau rajin x jd masalah pun..
hujunh tahun aritu de duit sket sy pun beli la breast pump elektrik,
kebetulan ade kawan yg nk let go breast pump die..
dpt separuh harga beli MEDELA SWING..
bile tinggal dgn pengasuh sy bekalkan fitrah SUSU IBU..
SUSU FORMULA pun bekal jgk..
sebulan sepaket je beli susu formula..jimat kan..
lagi bagus kalau dpt bg susu ibu sepenuhnye..
5>STROLLER ni kite beli tengok keperluan & budget..
sy beli yg preloved jerr..
bg sy kalau shopping kat TESCO x payah gune stroller
sbb tesco nye troli dah ade baby seat..
awl2 je sy gune stroller tuk g shopping
sbb fitrah lembik lg..
skrg dah x guna lasak bkn maen,
bile puas duk dlm stroller fitrah akn jerit mintak dukung..
emm..dah camne nk letak lame2 lam stroller nih..
6>baby CAR SEAT pun sy beli tanpa fikir panjang,
beli yg murah je brand OTOMO..
skrg gune car seat ni time hantar fitrah g umeh pengasuh..
dekat je pun disebabkan fitrah dah lasak kene la duk ats car seat nie..
7>sy beli WALKER umo fitrah dah 6bulan..
bile badan dah keras,
dah boleh duduk sendiri baru bley letak baby dlm walker..
walker ni berguna time bg mkn..
time nk tinggalkan fitrah sekejap..
time fitrah tengah lasak x larat nk kutip lagih..
duk dlm walker laju je tolak ngan kaki cam circus plak..
8>kalau nk beli BAJU fitrah sy suke beli yg besar sket,
bb kan cpt besar..
nak pakai lame kene la beli yg besar dari usia die..
baju2 fitrah ade jugak yg beli online..
kalau nk beli baju yg mahal2 kene tunggu sale la..
baju bb skrg sumer mhl2..sbb material kain nye yg bagus..

ok sampai disini sahaje..
semoga bermanfaat tuk bakal ibu..

Thursday, January 19, 2012

SKIM KUTU Mesin Jahit BROTHER

saje buat skim nie..
nampak bes je sbb x payah byr interest kan..
cari2 geng dpt la 5org yg nk join..
tut..tut..pas sehari collect duit de lg 4org yg nak join..
skrg ahli jd 9org..
huhu..bulan pertama kak ina dpt mesin..
pastu nk jdkan cite bulan 2 nnt geng dah tambah sorang lagik..
jd nyer..sorg bayar RM140..
setiap bulan 2org akan dpt mesin..
x la lame sgt nk tggu turn..
x rugi pun join, at last kalau x nk beli mesin jahit..
boleh amek duit, then beli la ape sajer..
agak2 pasni boleh x kami sume ni jahit baju sendiri??haha..
igt dpt dulu mesin dah gatal tgn nie..
tp apekan daya..ni la turn slps undian..
Bulan 1> kak ina (chempath)
Bulan 2> yusri (histopath)+fara (i la nie..)
Bulan 3> kak azwani (ppsg)+ct farah (chempath)
Bulan 4> kak ida (grafik)+kak sue(chempath)
Bulan 5> kak rita+kak diyana (chempath)
Bulan 6> adk kak ina..

tahniah kak ina..pasni boley la amek upah jahit deh..
pd sape2 yg nak tau lebey lanjut pasal mesin ni tgok link kat bwh yea..
http://welcome.brother.com/my-en/products-services/home-sewing-machines/xl-2630.tab2.html

*tenkiu sumer..

saje nk menambah..
kak ina dah dpt mesin jahit yg dijanjikan..
bes la mesin ni..terkesima sekejap..
walaupun simple tp mcm2 leh wat..
jahit lurus semesti nyerr..
boleh jahit sulam sket tuk lengan baju ok la..
boleh jahit zip dgn senang..de tapak khas tuk jahit zip..
boleh lubang butang..jahit butang pon boley..
nk masuk benang dlm jarum pun senang..tekan2 dah masuk..
cara nk masukan sekoci pun senang..ikut --> kat tmpt letak sekoci tu..
cara nk tukar tapak mesin pun senang..tekan pastu sangkutkan..
nk potong benang pun senang, ade pisau sebelah mesin nie..
teori je x nampak keistimewaan mesin nie..try la g kedai yg jual mesin nie..
mintak si penjual mesin tu demokan..
pendek kate berbaloi la dgn harge mesin nie..

pasni boleh la g kelas menjahit..
dah taw basic mcm2 boleh jahit..
semoga berjaya menjahit sepasang kurung yea..
Woww..wwOOww..

Saturday, January 07, 2012

HANDMADE teddyBEAR

lame dah plan nk g kelas buat teddybear nie..
cute la n puas ati kalau boley buat sendiri..
kelas ni SINGER yg buat, byr yuran RM20..
belajar wat teddybear ni sampai pandai..
geng dah ade 4org..yus, aja n anah..
esok pg ku11 jnj dgn diorag nk g kelas same2..
nnt sy continue cite la camne kelas tu yerr..

keesokan nye hanya kami ber3 je yg dtg..
anah de keje la plak..
sory geng sy lambat tersangkut dlm jem taw..

slps byr yuran kami dibekalkan dgn kit menjahit ni..
kain cotton+polar+butang+reben..
gunting+benang+mesin pun disediakan cume x ley bwk blik jer..

bermula nyer kelas wat teddy bear ni dgn memotong polar..
tgok aja dah start potong..
laju jerr profesional dah..

tarra..polar yg dah siap dipotong..
pastu kite potong ken plak mengikut polar nie..

yeah..sy tunjuk skill memotong ken nie..

yusri pun kusyuk memotong x pandang kemera pun..(hanset je pun)

ken yg siap dipotong kene label spy x keliru nnt..
tgok aja busy melabel la tu..

bile dah siap potong sume kite jahit plak..
sy chop mesin nie..
mmg dah ade pengalaman menjahit gune mesin..
senang la sket cikgu terang sket2 je..
terus jahit..sume part td kene camtumkan..


cantuman pertama dah siap..
comei la bear nie..

dah siap cantumkan sumer part td..
then kite sumbat dengan fiber..
sumbat sampai kembung..

aja sedang finishing bear nyer..
tekun sgt yea..
yus x sempat nk snap gambar..
1st time guna mesin cikgu puji dgn hasil kerja yus..

ni hasil nye..cute x bear sy??
x siap hidung & mulut lg..

thanks to kak asmah (cikgu) & kak nor (cikgu)..
x sempat jgk nk snap gambar kak nor..
my doter terus jatuh hati dgn bear yg sy wat..
mmg x rugi pegi kelas teddybear nie..
selain ilmu dpt kenal ngan akak be2 nie..peramah nyer..
kalau berminat nk g kelas jahit teddybear nie..
contact la no nie 09-7416783..
tu je la setakat nie..daa

Friday, January 06, 2012

TIPS BIJAK BERBELANJA

dulu mase single ikut suke hati jer nk berbelanje..
mmg duit mengalir cam air jer..
bile dah kawen bertambah la perbelanjaan..
walaupun ade suami still kene bijak berbelanje..
skrg dah ade ank lg la kene berjimat cermat..

jom kongsi tips nk berjimat ni..
tips2 ni sy rujuk kat web persatuan pengguna UPSI..
ade jgk yg sy pk kan sendiri mengikut pengalaman dulu..

tips nyer..
1. Rancang perbelanjaan.
>Harian
>Mingguan
>Bulanan
>Tahunan

2. Disiplinkan diri.
>Mengawal Perbelanjaan
>Mengawal Kewangan

>Mengawal nafsu membeli
3. Elakkan belanja lebih dari pendapatan kite.
4. Elakkan berhutang.
5. Kalau tidak mampu tangguhkan/batalkan pembelian.
6. Ada ‘target’ berjimat tiap bulan  rm50 - rm100.
7. Senaraikan barang-barang yang perlu dibeli ketika ke
kompleks membeli belah, pasar dan pasar raya.
8. Jangan ikut orang lain atau berbelanje kerana ingin menunjuk.
9. Jangan mudah terpengaruh dengan barang-barang berjenama.
10. Elakkan memiliki kad kredit.
11. Guna kupon utk tebus harga murah (dalam paper byk).
12. Buat kad utk collect point (tesco-->point akan ditukarkan kpd kupon then dihantar by pos kpd customr nyer)
13. Sy beli jer barang bundle kalau barang masih dlm keadaan baik.
14. Beli barang time offer, rujuk pamplete promotion sblm shopping.
15. Shopping online pun ok jgk tp kene hati2 sket.
16. Beli brg refill murah sket..kene rajin jer..

Thursday, January 05, 2012

AZAM BARU 2012

salam utk pembuka lembaran baru tahun nie..
lambat plak updated post skang dah 5 Januari dah..
biase la tiap2 tahun mmg ade je azam..
tahun ni mcm2 plan, hrp2 de la yg menjadi kenyataan..

1st mestilah berazam utk jadi lebih baik dr tahun lepas..
mcm tu la tiap tahun nk jd baik jerr..

dalam hidup..
kene maintain kesihatan tubuh badan ni..
nk pakai lame kan bersara umo 58tahun nnt..
so start la amek supplement+berdiet yg lebey kurang..
kalau diet menjadi boleh la pakai balik baju2 yg x padan tu..
kesan sampingan akibat mengandung..haha

muke pun kene jaga jugak..
sume igt sy dah 30++ walhal baru 20++..
camne nih..kene try 'AURA MAYA' laa..

dress up pun kene tukar..
kene + koleksi baju yg look young..
then kene ade gak nursing blouse & nursing kurung..
senang nk breastfeed FITRAH..
walaupun BF kene jage imej jgk..

dalam kerjaya plak..
this year kene collect seberape byk certificate tuk upload lam HCMS..
baru la markah SKT tinggi..
kene berkorban la sket antara kerja & fameli..

yg mengarut pun ader..
nk la sebijik MESIN JAHIT..
boleh la memuaskan nafsu sy utk menjahit..haha
dapat tambah GADGET baru bes jgk-->samsung S11 ..
camne nk cari wet nie..
de gak hajat nk bg present yg berharga kat cik hubby..ape ek?

utk mase depan plak..
WAJIB bukak akaun TABUNGHAJI tuk FITRAH..
ibu die pun x de gak akaun TH nie..
kene intai gak peluang tuk beli TANAH..
ade tanah xpe laen kali baru la wat umah..

setakat ni je la dulu..
caiyok yea tuk diri sendiri..
semuga tercapai la azam tahun nie..:p

SELAMAT TINGGAL 2011

huhu..lambat nye sy updated post tuk tahun baru ni..
walaupun 2011 dah berlalu..
mcm2 suka dan duka dilalui..
yg suka diingati..
yg duka plak jgn dikenang lg..

antara deretan peristiwa yg dilalui sepanjang 2011..
20 Jun 2011-->lahirnye FITRAH INSYIRAH yg menjadi pengikat kasih syg sy n hubby..
15 Julai 2011-->terima tawaran CONFIRMed kerja di USM..
28 Oktober 2011-->dpt adik baru NURUL FATIHAH namenyer..
*next year dpt ank sedare baru plak..

itu je kot peristiwa yg bermakna utk diingati..
haha..kalau nk kire byk lg yg bes..
berturut2 org yg terdekat dpt bb..
Januari-->bb mokcik, IRFAN HAKIM
Januari-->bb abg zafuan, RASYA
Februari-->bb kak ayu, IRDINA QAISARA
Mac-->bb makcu, MOHD SYAFIE
April-->bb en.ezam, NURIN INSYIRAH
Mei-->bb kak umie, MUHAMAD AMMAR RAIS PUTERA
Jun-->bb ct farah, RIFFQIE RAYYAN
Jun-->bb zurazlin, DHIRAH
Jun-->bb sy, FITRAH INSYIRAH
Ogos-->bb hafiz, WAN ZIHNI ZIQRI
Ogos-->bb kak yantie, IMAN HAKIM
Oktober-->bb mak, NURUL FATIHAH
Oktober-->bb kak teh, AMIRUL HAZIQ
November-->bb hajar, AHMAD HADIF
November-->bb apiz..

ramaikan bb tahun 2011 nie..

Thursday, December 08, 2011

KELAHIRAN 'HYPNO'

arini cuti coz bb sitter x dpt jaga fitrah..
de urusan ank sek katenyer..
pg2 ari kemas rumah, sidai kaen hubby dah basuhkan semalam..(terbaekk)
cuci kereta wif fitrah..haha..kaluttt, fitrah xnk beri kerjasama..
pas brekfas on tv, alamak xder citer..kartun je byk cuti sek kan..
tghari sket baru la de citer yg sesuai..WHI..
bes la topik arini 'kelahiran hypno'..
tetibe rase nk mengandung pastu nk try teknik nie..
tp kene sabar, operate kene gap jauh sket utk preggy smule..

yg sy taw kelahiran hypno ni kite kwl diri dari perasaan takut..
bile kite tenang bb akn kuar dgn sendiri nyer x yah teran..
boley bersalin kat mane2 pon..
x pyh dr n peralatan yg canggih manggis..

dulu mase nk bersalinkan fitrah mmg takut giler..
sbb tu la poor progress, kene urgent operate..
nnt kalau preggy lg, kalau de kesempatan nk g la kelas hypno..
bes kan x yah teran bb kuar sendiri..

tuk maklumat lanjut boleh view web ni..
http://hypnobirthing.com/

Saturday, November 26, 2011

MISSLILY SHOP

entry kali ni nk citer mcm mane boley tershoping kat
http://www.misslilyshop.my

actually, sy cari beg utk my Medela Swing..
pastu try la cari web yg jual breast pump bag..
da dpt pon, tp tgok harge cam x berbaloi je..
coz MS ni x la berat sgt, x perlu breast pump bag pon..
sy try la cari backpack kat mudah.my
jumpe tp x berkenan..
last2 teringat b4 ni pernah 'like' misslily shop kat FB..
trus bukak FB cari misslily shop..
cari2 jumpe la backpack yg cute ni..
so sy jdkan bag ni pelbagai function la..
as a MS bag..
diapers bag..
bag utk 'jangok'..(melawo)
tgh tggu bag ni sampai..
isnin nnt sampai la kot, klate hari ahad ni cuti awal muharram..
x saba plak nk tgok the real bag..

tarra..bag yg di tunggu da sampai..
comei la, besar jgk dari ape yg dijangka..
haha..berbaloi beli menepati citarasa gitu..
tenkiu misslily shop..

Saturday, November 19, 2011

SENTUHAN IKHLAS

sy mmg minat dgn kraf tangan..
cuti sem time belajar dulu sy selalu cari kerja part time..
pastu sy pun tertarik dgn UMIE FLORIST,
kedai ni hak milik wanita melayu..
semasa berkerja sy diajar dgn pelbagai ilmu kraftgn..
mmg berbaloi+minat sy boley hasilkan gubahan hantaran..
walaupun x seberapa,
sekurang-kurangnye sy puas dgn hasil kerja sndri..

kali pertame sy mengubah hantaran utk my wedding..
hantaran 'SANGKAR EMAS' utk suami tersyg..
7 dulang kesemuanye..
>sireh junjung (kak umie yg gubah)
>buah-buahan
>sejadah+kain pelekat
>jaket 2 in 1
>kasut
>ferrero roche (betul ke ejaan ni)
>kek aisin yg ni sentuhan ke2, utk wedding my sister..
set purple, dgn modal RM150..inilah hasilnyer..
11 dulang kesemuanye..bertemakan 'PURPLE STRIPE'.. sentuhan ke3 utk wedding my fren (suriani)..
die sng x cerewet..
sy gubah utk future husban die sekali (saiful)..
kali ni sy ade assistant taw..
Ct Farah Adam namenyer..
die pandai pilih kaler..
yg ni dari saiful utk suriani..
11 dulang kesemuanye..bertemakan corak 'VANTAGE'..sentuhan ke4 ni dari suriani utk saiful..

13 dulang kesemuanye..bertemakan 'BROWN GOLD'..

yg ni gubahan untuk MAKAN BERADAB..
simple je menu nye..
>udang cucuk
>ikan 3rasa
>ayam golek
>lain2 tu amek dari katering ajer..

sentuhan ke5 plak utk adik kak aida..
kali ni warne agk menarik..
13 dulang kesemuanye..bertemakan 'BLACK+PINK'..tu jer setakat nie..
terime ksh sume krn memberi kepercayaan kpd sy utk mgubah hantaran utk hari indah kalian..

Thursday, November 17, 2011

TIP BERPANTANG

sy jus nak share pengalaman berpantang..
sy berpantang serba ringkas jer..
banyak perkara x dpt buat..
berurut pun jus urut belakang, tgn n kaki..
sbb nyer sy bersalin ceaser..
mmg best x rase pun sakit..
tp bile tgok video bersalin ceaser, ngerinyerr..

sy refer tips berpantang ni dari blog somebody..
then sy amalkan semasa berpantang..

Inilah antara item2 yg amat berguna semasa berpantang..
>Breast Pump sy beli manual UNIMOM MEZZO
>Maternity Pad sy gune koteks night wing (drh nifas sket je kalau ceaser)
>Kain Batik x rugi beli byk..utk kegunaan ibu n wat alas tido bb
>Nursing Bra & Nursing Pad senang nk breastfeed bb, bg yg susu byk mmg kene pakai breast pad
>Stokin + Minyak panas yg ni wajib ade..try la x pakai stoking mst x bes_tp kdg2 sy skip jgk gatal la pakai hari2..haha
>Bengkung + Losyen halia sy x dpt nk berbengkung sbb bersalin ceaser, tp pd sesape yg bersalin normal mmg kene pakai baru perut cpt kempis
>Pilis sy pakai 3 hari jer..
>Param kalau beli set bersalin sume dah ade lengkap..sy beli ORG KG tp syg x sumer set sy gune
>Ubat Kuning yg ni penting utk jage jahitan tutt..tp kalau yg ceaser sy guna ubt pusat ank jer kalau menanah_jage mkn kalau x nk menanah yea
>Rebusan kunyit + Manjakani sy dah try minum air kunyit..tp ‘sory mak klong x tertelan plak jus kunyit yg mak buat tu’..sy jus mkn capsule manjakani jer
>Phytonatal ni produk NR mmg berkesan..sy gune LACTUL solution jer (kat farmasi ade jual) pastu sy mkn buah..mmg x sembelit
>Spirulina bg sesape yg rase x ckup nutrient dlm pantang ni boley la mkn spirulina..x pun continue mkn OBIMIN..susu pun maintain, tp sy x mkn pun sy tkut brt plak yg ++ sbb mase preggy mkn OBIMIN berat naek mendadak..
>Bidadari ni produk DCL..mmg elok utk rawatan dalaman, try la..

check list ni sy refer kat internet jgk..
mmg bergune semasa buat persediaan menyambut kelahiran bb baru..
x semua sy beli,
jus beli mane yg penting jerr..

Yg ni check list keperluan bayi n ibu..
* Untuk Ibu * ke hospital
1 Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
2 Kad Pengenalan
3 Telefon Bimbit
4 Baju/Blouses 5helai (saiz yg bsr2 lg bagus sng nk BF)
5 Stokin 2psg
6 Kain Batik 3helai (byk pun xpe)
7 Baju/Seluar Dalam 5helai
8 Skaf Kepala/kain tudung 2helai
9 Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi, Sabun)
10 Majalah/Buku
11 Tuala Mandi
12 Maternity Pad/Pad Biasa 1 pek
13 Tuala Muka
14 Selipar
15 Kamera
16 Air/Minyak Selusuh
17 Minyak Angin
18 Air Zam Zam
19 Makanan/Minuman (Air Masak, Sus, Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
20 Termos Air Panas
21 Bag Plastik
22 Baju Sejuk (Sweater)
23 Sikat
24 Breast Pad 1pek @ beli yg washable
25 Nursing Bra 3

* Untuk Bayi *
1 Baby Diapers 1pek
2 Baju 3psg
3 Minyak Telon
4 Baby Wipes/Wet Tissue
5 Tuala Mandi
6 Stokin/Sarung Tangan Bayi 3psg
7 Peralatan Mandi
8 Selimut/Bedung
9 Barut 5helai
10 Topi

*Untuk Ibu*Berpantang
1 Jamu/Set Lepas Bersalin
2 Stokin
3 Baju Sejuk
4 Tungku
5 Selimut
6 Selipar
7 Buku/Majalah
8 Kain Batik
9 Bengkung/Barut
10 Maternity Pad/Pad Biasa
11 Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12 Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah)
13 Minyak Angin/Urut
14 Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Milo, Biskut,Roti)

Baby Gear
1 Baju- Lengan Pendek 8
2 Baju- Lengan Panjang 6
3 Romper 2
4 Seluar- Pendek 8
5 Seluar- Panjang 6
6 Sarung Tangan 5
7 Sarung kaki 5
8 Baby Bip 2
9 Sapu Tangan 3
10 Barut 10
11 Topi

Diapering
1 Napkin 1 pek
2 Lampin Pakai Buang 2 pek
3 Diaper Wipes 2 pek
4 Safety Pin
5 Changing Mat
6 Nappy Liner
7 Berus Lampin
8 Untuk Napkin
9 Baldi Untuk Diapers
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi

Baby Care & Grooming
1 Bedak Bayi
2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil)
4 Tisu
5 Sikat
6 Putik Kapas (Cotton Bud)
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8 Nasal Aspirator (untuk selsema)
9 Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11 Termometer
12 Vicks
13 Minyak Telon
14 Syringe for Medicine
15 Cotton Balls

Nursering
1 Selimut
2 Bedding set
3 Play Pen / Katil Bayi
4 Mainan untuk Play Pen / Katil
5 Kelambu
6 Bakul Baju Kotor
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)

Feeding
1 Botol saiz S 2
2 Puting Botol Susu 2
3 Bottle Sterilizer
4 Berus Pembersih Botol
5 Penyepit Botol
6 Sterilising Tablet
7 Nipple Cream
8 Nursing Pad Washable 2
9 Nursing Pad Disposal 1 kotak
10 Breast Pump
11 Nursing Pillow
12 Nursing Bra
13 Termos

Travelling
1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3 MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4 Infant Carrier

Bathing
1 Tuala
2 Besen Mandi
3 Syampu
4 Sabun Mandi
5 Span
6 Gayung

Extra

1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Stroller / Jogger
6 Penyangkut Kecil (untuk sarungtangan + kaki)
7 Car seat
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 Nursing Clothes / Wear

sekian..selamat berpantang..nikmatilah saat bahagia bersama bb..enjoy breastfeeding..

Sunday, November 13, 2011

BUTTERFLY TOTE BAG

sy tempah bag ni kat sini
http://ummicraftzone.blogspot.com

bez blog ni, blogger jahit mcm2, utk bb pun ader..
sy jus tempah bag jer, coz kebanyakan brg bb dah beli..
mcm2 la ade kat blog ni..corak2 kain pun comei..

08.08.09

sy berkenalan dgn hubby melalui telepon..
sms..call..sms..akhirnye kami berkapel pd 23.07.2005..
pd awl pertemuaan kami diuji, hubby terlibat dgn kemalangan..
hubby selamat walaupun kecederaan teruk, hubby kuat..
sbln slps tu kami berjumpe, cnt pdg pertame jumpe trus jth cinte..haha

pd 08.06.08 kami bertunang selama 2thun..
mase tu study lg di UiTM..hubby tkut kehilangan sy trus tanda x bg org laen chop..
time practikal la time org cari jodoh..haha
x sampai 2thun bertunang, hubby trus ajak kawen..mase tu pun study dah habis..

pd 08.08.09 kami berkawen..perkawenan kami yg serba ringkas..
majlis berlangsung di rmh pgntin perempuan je..
bertemakan 'MARRON+GOLD' dgn hantaran RM7k
bersama sebentuk cincin..
hantaran 7dulang berbls 5dulang..inilah secebis kngn kami berglr 'RAJA SEHARI'..sekali lafaz jer..sy dah jd milik hubby..pertemuan si teruna mengotakan jnjinye..kenangan bersama ahli keluarge..tersipu malu duduk di ats pelamin..hantaran 'MERAH HATI' utk isteri tercinta..hantaran 'SANGKAR EMAS' utk hubby..mkn beradab..skit jer dpt mkn taw..antara posing2 ala model SS.. ooppsss..dlm bilik pun boley shoot jgk..acara potong kek..outdoor..kat tepi rmh jerr..itu ajerr..secebis kenangan abadi majlis perkawinan kami..
kalau nak edit pic mcm sy buat ni..download la software kat link ni..
http://www.photoscape.org/ps/main/download.php
utk design plak sy google je tittle 'custom album' utk sumber inspirasi..selamat mencube..

TUAN TANAH

x banyak yg nk disharekan sbb saye bukanlah sape2
sy dilahirkan pd 12 Ogos 1988 di hospital mentakab,
pd pukul 11.30mlm seberat 3.2kg jerr
ank kepada Eamy Jaar Mohd Roji & Sabariah Uda
kakak kpd Ifarizan, Jebat, Amirul Hisyam,
Nur Syamira & Nurul Fatihah
isteri kepada Zulkarnain Musa
ibu kepada Fitrah Insyirah
pernah menuntut di UiTM, Jln Othman
skrg bertugas di HUSM, Kelantan
e2 je laa..

ni la family kecilku..
yg ni family belah sy..yg ni plak family belah hubby..

BLOG FITRAHBONDA

Salam 1 Malaysia to all..
1st tenkiu sgt2 coz sudi view blog ni
Blog ni wujud utk perkongsian sesame insan
(mcm2 pengalaman kite bley share kat cni)
Reason laen saye creat blog ni utk tatapan my doter bile die dah reti ber'online' nnt

Harap pape yg saye post dlm blog nie x menyinggung perasan org laen
Tenkiu..

JOM FOLLOW