CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 15, 2012

SURAH AMALAN untuk ANAK

dalam kite mendidik ank2..kdg2 kite terlupe utk dekatkan mereka dgn Ilahi..
terbuke hati sy nk google surah amalan yg sesuai utk ank sy..
surah2 ni bagus supaya anak menjadi soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain..
doa ibu kan berkat..yg laen kite serah pd kuasa yg Maha Besar..

jom same2 kite amalkan..
Baca Fatihah (1 kali)

Baca Ayat Kursi (1 kali)

Baca Surah al-Insyirah (1 kali)
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? 
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)

1. Taa. Haa. 
2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. 
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah. 
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. 
5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.

Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain. 

atau 

Baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.
Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”
Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu. 

atau 

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud: ”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.” 
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’
berulang-ulang.

semoga termakbul doa2 kite..amin

No comments:

Post a Comment

thank you

JOM FOLLOW