CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 23, 2012

TIP MENDIDIK ANAK KECIL

entry kali ni sy sedey+menyesal teramat sgt..
kes nye 'ade ke patut sy marah fitrah yg x mo mkn, siap tepis sudu terpelanting jauh??
x patut kan??dah la marah siap tengking2x..
ape la yg akan jadi kalau time tu fitrah dah faham sy marah die..
mesti die nangis, ape kan daye fitrah baru 7bulan utk mengerti sume nie..

sejam sy menyendiri muhasabah diri..
berdoa atas tikar sembahyang
agr perkare mcm nie x kan berulang lg..
sblm bg fitrah mkn sy kene didik diri nie supaya sabar..
karenah anak kecil mcm2 ragam..
kite sbgai ibu mesti pandai melayan mereka..
sy try bg fitrah mkn semula..
rupe nye fitrah nak makan sambil maen..
xpe la kalau mcm tu..
fitrah maen la bile ibu suap fitrah mkn yea..

utk mengelakkan perkara camni jd lg..
sy pun google la tip utk kawal marah pd ank2..
jom bace..

1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.
2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.
3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.
4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.
5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.
6 Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.
7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.

tenkiu HAIRUL (penulis blog)..
tips nie memang bagus..

1 comment:

  1. Salam.. mmg kne byk2 sabar.. pernah sekali sy marah anak sy.. pukul kt tgn die.. dan xlama lepas tu die pukul sy blk.. trus tersedar.. x patut sy buat mcm tu, nnt die dh besar pon selalu pukul-memukul.. seriouslu, nak mendidik anak jd khalifah ni bkn senang.. huhuh..parenting ni pon kne blaja sebenarnya.. jom la kte same2 belajar ye :)

    ReplyDelete

thank you

JOM FOLLOW